Superior Essex Akan Memperoleh Lacroix + Kress GmbH daripada Mutares

12 Januari 2023

ATLANTA, GA – Superior Essex Inc. telah menandatangani perjanjian untuk membeli Lacroix + Kress GmbH, pengeluar kuprum bebas oksigen (OFC) yang terkemuka di Eropah, daripada Mutares SE & Co. KGaA.

Dengan OFC menjadi komponen utama dalam kenderaan elektrik (EV), pemerolehan strategik ini mengukuhkan lagi komitmen oleh Superior Essex kepada pasaran EV yang semakin berkembang dan akan meningkatkan kepuasan pelanggan serta daya saing dalam industri.

Selain itu, hal ini akan membolehkan Superior Essex mewujudkan operasi bersepadu menegak di Eropah antara perniagaan wayar magnetnya dengan tapak pembuatan bersama di Bramsche, Jerman. Kilang kedua di Neunburg vorm Wald, Jerman juga akan mengembangkan tawaran wayar khasnya.

Klaus Borstner ialah Presiden Essex Furukawa Magnet Wire Eropah, Essex Energy Itali dan IVA Enamels Global di Eropah dan China. Beliau yakin ini akan mewujudkan sinergi di antara kilang-kilang, serta lebih pesat memajukan inovasi untuk industri automotif, tenaga dan perindustrian.

"Ini adalah pelaburan yang menarik, bukan sahaja pada masa depan tetapi juga masa kini," kata Borstner. "Mempunyai kedua-dua kilang di lokasi yang sama di Bramsche dapat meningkatkan kecekapan dengan segera dan meningkatkan inovasi, sementara lokasi baharu di Neunburg vorm Wald membolehkan kami mengembangkan portfolio produk kami.

"Kami yakin bahawa pemerolehan ini akan membantu menambah nilai kepada pelanggan sedia ada kami serta mewujudkan peluang baharu kerana kami menghargai hubungan sedia ada yang berasal dari Lacroix + Kress."

Penjualan Lacroix + Kress kepada Superior Essex mengikuti strategi keluar Mutares untuk mencari 'pemilik baharu terbaik.'

"Kami yakin bahawa Superior Essex akan dapat memanfaatkan sinergi yang signifikan bukan sahaja disebabkan oleh hubungan perniagaan yang sudah kukuh antara kedua-dua syarikat tetapi juga kerana kehadiran setempat mereka yang dikongsi di Eropah Tengah," kata Johannes Laumann, CIO Mutares SE & Co. KGaA.

Kedua-dua Superior Essex dan Lacroix + Kress sebelum ini bergabung melalui Usaha Sama Eropah dengan Nexans pada tahun 2005. Pemerolehan ini menjadikan kedua-dua syarikat itu sekali lagi berada di bawah pemilikan yang sama.

Transaksi itu dijangka selesai pada suku pertama tahun 2023.

Mengenai Essex Superior

Superior Essex ialah jenama induk Essex Furukawa Magnet Wire, Superior Essex Communications, Essex Energy Italy, IVA, Hi-Wire dan Essex Brownell. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 3,000 orang kakitangan di 11 buah negara, merentasi tiga benua. Superior Essex merupakan pembekal global yang terkemuka bagi wayar magnet dan menjadi peneraju aplikasi gentian komunikasi selain teknologi Kuasa Melalui Ethernet (PoE). Ia penting dalam mencipta kemajuan teknologi disruptif untuk pengelektrikan sektor automotif, tenaga dan industri. Superior Essex komited untuk merintis teknologi bangunan pintar dan pada masa yang sama menentukan kepesatan kemampanan. Superior Essex berada Di Mana-mana Anda Tinggal dan Bekerja (Everywhere You Live and Work®). Maklumat tambahan boleh didapati di superioressex.com.

Tentang Mutares SE & Co. KGaA

Mutares SE & Co. KGaA, Munich (www.mutares.de), sebagai syarikat pemegang ekuiti persendirian yang tersenarai dengan pejabat-pejabat yang terletak di Munich (HQ), Amsterdam, Frankfurt, Helsinki, London, Madrid, Milan, Paris, Stockholm dan Vienna, memperoleh syarikat bersaiz sederhana dalam keadaan khas, yang berpangkalan di Eropah, yang menunjukkan potensi peningkatan operasi yang ketara dan dijual kembali selepas menjalani proses penyusunan semula dan penstabilan. Bagi tahun kewangan 2022, hasil disatukan dijangka lebih kurang EUR 4 bilion. Berdasarkan ini, hasil yang disatukan akan dikembangkan kepada lebih kurang EUR 7 bilion menjelang tahun 2025. Apabila portfolio berkembang, begitu juga dengan hasil perundingan, yang bersama-sama dengan dividen portfolio dan hasil keluar terakru kepada Mutares Holding. Oleh itu, keuntungan bersih dalam syarikat induk dalam lingkungan EUR 125 juta hingga EUR 150 juta dijangka untuk tahun kewangan 2025. Lembaga Pengurusan dan Lembaga Penyeliaan bersama-sama memegang lebih daripada satu pertiga daripada semua saham Mutare dengan hak mengundi. Saham Mutares SE & Co. KGaA didagangkan di Pasaran Terlaras Bursa Saham Frankfurt di bawah simbol “MUX” (ISIN: DE000A2NB650).



Hubungi kami secara terus.

Kami tahu bukan setiap projek adalah sama dan tidak semua aplikasi mempunyai spesifikasi yang mudah untuk dipenuhi. Kami ingin bercakap dengan anda untuk memenuhi sebarang keperluan cabaran yang anda ada.

Klik platform di bawah untuk berkongsi artikel ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi!