Superior Essex Melengkapkan Pembelian Saham Essex Furukawa daripada Furukawa Electric

1 Mei 2024

ATLANTA, GA — Superior Essex, peneraju global dalam industri wayar magnet dan kabel komunikasi, telah berjaya menyelesaikan pemerolehan baki kepentingan minoriti dalam Essex Furukawa Magnet Wire daripada Furukawa Electric Co., Ltd. Berkuat kuasa pada 30 April 2024, penyiapan transaksi ini menetapkan Superior Essex sebagai pemilik tunggal jenama, aset, dan operasi yang sebelum ini dijalankan melalui usaha sama global dengan Furukawa Electric.

Superior Essex merancang untuk melancarkan semula perniagaan wayar magnetnya di bawah nama syarikat baharu, yang akan diumumkan pada penghujung 2024, sambil terus mengendalikan semua kemudahan semasa usaha sama Essex Furukawa di seluruh dunia. Ini termasuk kemudahan wayar magnet di Jepun dan Malaysia (Kuala Lumpur) yang disumbangkan oleh Furukawa Electric pada Oktober 2020.

Daniel Choi, Ketua Pegawai Eksekutif Superior Essex, melahirkan rasa terima kasih atas perkongsian dan kepuasan dengan penyempurnaan pemerolehan itu, dengan menyatakan, “Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami telah dapat mencapai banyak perkara hebat bekerja dengan pasukan daripada Furukawa Electric. Saya bangga dengan perkara yang diciptakan dan berterima kasih atas sumbangan mereka.”

Pengambilalihan saham Furukawa Electric di Essex Furukawa menandakan perkembangan penting bagi Superior Essex, memantapkan kawalannya ke atas operasi global dan mengukuhkan komitmennya untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan pemerolehan ini, Superior Essex berada di kedudukan yang baik untuk meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangannya dalam industri wayar dan kabel.

“Superior Essex merancang untuk terus bertindak balas terhadap permintaan pasaran dalam industri automotif xEV, kuasa, pengelektrikan dan pasaran tenaga boleh diperbaharui—membuka jalan untuk teknologi masa depan sebagai peneraju global,” tambah Choi. “Kami juga akan mengukuhkan kedudukan kami dengan meneruskan pendekarbonan dan kelestarian secara aktif.”

Tentang Superior Essex Inc.

Superior Essex ialah jenama induk Essex Furukawa Magnet Wire, Superior Essex Communications, Essex Energy Italy, IVA, Lacroix + Kress, Hi-Wire dan Essex Brownell. Syarikat ini mempunyai lebih 3,000 orang kakitangan di 11 buah negara, merentasi tiga benua. Superior Essex merupakan pembekal global yang terkemuka bagi wayar magnet dan menjadi peneraju aplikasi gentian komunikasi selain teknologi Kuasa Melalui Ethernet (PoE). Ia berperanan penting dalam mencipta kemajuan teknologi disruptif untuk pengelektrikan sektor automotif, tenaga dan industri. Superior Essex komited untuk merintis teknologi bangunan pintar dan pada masa yang sama menentukan kepesatan kemampanan. Superior Essex berada Di Mana-mana Anda Tinggal dan Bekerja (Everywhere You Live and Work®). Maklumat tambahan boleh didapati di superioressex.com.

 

Latar Belakang Furukawa Electric Co., Ltd.

Sejak penubuhannya pada tahun 1884, Kumpulan Furukawa Electric mempunyai 127 syarikat kumpulan termasuk Furukawa Electric Co., Ltd., dan kira-kira 50,000 orang pekerja di seluruh dunia.  Dan menyediakan pelbagai teknologi, produk, dan perkhidmatan di seluruh dunia untuk bidang infrastruktur seperti maklumat dan tenaga, bidang sistem automotif, dan bidang elektronik dengan 4 teknologi teras logam, polimer, fotonik, frekuensi tinggi.  Untuk mengetahui selanjutnya tentang Furukawa Electric, sila lawati furukawaelectric.com



Hubungi kami secara terus.

Kami tahu bukan setiap projek adalah sama dan tidak semua aplikasi mempunyai spesifikasi yang mudah untuk dipenuhi. Kami ingin bercakap dengan anda untuk memenuhi sebarang keperluan cabaran yang anda ada.

Klik platform di bawah untuk berkongsi artikel ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi!