Superior Essex Bersetuju Mengambilalih Baki Pegangan Pemilikan dalam Usahasama Global Essex Furukawa daripada Furukawa Electric

25 Mac 2024

ATLANTA — Superior Essex, peneraju global dalam industri wayar magnet dan kabel komunikasi dan pemilik majoriti usaha sama Essex Furukawa Magnet Wire dengan Furukawa Electric, telah mengumumkan bahawa ia telah bersetuju untuk mengambil alih baki kepentingan minoriti yang dipegang oleh Furukawa Electric di Essex Furukawa. Apabila urus niaga selesai, Superior Essex akan menjadi pemilik tunggal jenama, aset dan operasi yang sedang dijalankan oleh usaha sama Essex Furukawa global.

Superior Essex merancang untuk melancarkan semula perniagaan wayar magnetnya di bawah nama syarikat baru pada tahun 2024. Entiti ini akan terus mengendalikan semua kemudahan semasa usaha sama Essex Furukawa di seluruh dunia—termasuk kemudahan wayar magnet Jepun dan Malaysia (Kuala Lumpur) yang disumbangkan oleh Furukawa Electric pada Oktober 2020.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan Furukawa Electric," kata Ketua Pegawai Eksekutif Superior Essex, Daniel Choi. "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini—beroperasi bersama sebagai Essex Furukawa—kami telah dapat mencipta banyak kejayaan.

“Ini adalah peluang bagi Superior Essex untuk mengukuhkan keupayaannya dalam perniagaan masa depan kami dan mewujudkan situasi yang saling menguntungkan bagi Furukawa Electric untuk memberi tumpuan kepada perniagaan teras mereka. Kami menantikan pemindahan kepentingan minoriti Furukawa Electric di Essex Furukawa ini selesai dan berterusan mencapai hasil dan kepimpinan pasaran yang hebat bagi perniagaan global, termasuk di Jepun dan Malaysia.”

Kerjasama antara Superior Essex dan Furukawa Electric di Essex Furukawa bermula pada Oktober 2020, dengan tujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan gabungan mereka untuk memacu inovasi dan menyampaikan kecemerlangan pembuatan, kemajuan teknologi, dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Sepanjang usaha sama itu, kedua-dua syarikat berjaya meluaskan sempadan teknologi, mewujudkan kedudukan kepimpinan pasaran di Amerika Utara, Eropah, dan Asia.

Semasa beroperasi, Essex Furukawa telah dapat menjalin perkongsian pelanggan strategik dan mempercepatkan kemajuan penyelidikan dan pembangunan. Kerjasama ini juga menghasilkan sinergi yang ketara, termasuk pengembangan penyelesaian produk tersuai, perkongsian amalan terbaik, dan kemampuan perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan. Usaha sama tersebut memudahkan penubuhan titik penghantaran tambahan, memperluas pasukan penjualan dan teknikal global, serta meningkatkan sumber rod & faundri global, dan mewujudkan pasukan inovasi global yang pelbagai, terutamanya dalam bidang pembangunan kenderaan elektrik dan hibrid.

Pengambilalihan kepentingan minoriti Furukawa Electric di Essex Furukawa menandakan detik penting bagi Superior Essex kerana bakal mengawal sepenuhnya operasi globalnya dan mengukuhkan komitmen untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan pengambilalihan saham Furukawa Electric, Superior Essex bersedia untuk meneruskan warisan inovasi dan kecemerlangan dalam industri wayar dan kabel.

Siaran Akhbar Rasmi

Tentang Superior Essex Inc.
Superior Essex ialah jenama induk Essex Furukawa Magnet Wire, Superior Essex Communications, Essex Energy Italy, IVA, Lacroix + Kress, Hi-Wire dan Essex Brownell. Syarikat ini mempunyai lebih 3,000 orang kakitangan di 11 buah negara, merentasi tiga benua. Superior Essex merupakan pembekal global yang terkemuka bagi wayar magnet dan menjadi peneraju aplikasi gentian komunikasi selain teknologi Kuasa Melalui Ethernet (PoE). Ia berperanan penting dalam mencipta kemajuan teknologi disruptif untuk pengelektrikan sektor automotif, tenaga dan industri. Superior Essex komited untuk merintis teknologi bangunan pintar dan pada masa yang sama menentukan kepesatan kemampanan. Superior Essex berada Di Mana-mana Anda Tinggal dan Bekerja (Everywhere You Live and Work®). Maklumat tambahan boleh didapati di superioressex.com.

 

Tentang Furukawa Electric Co., Ltd.
Sejak penubuhannya pada tahun 1884, Kumpulan Furukawa Electric mempunyai 127 syarikat kumpulan termasuk Furukawa Electric Co., Ltd., dan kira-kira 50,000 orang pekerja di seluruh dunia.  Dan menyediakan pelbagai teknologi, produk, dan perkhidmatan di seluruh dunia untuk bidang infrastruktur seperti maklumat dan tenaga, bidang sistem automotif, dan bidang elektronik dengan 4 teknologi teras logam, polimer, fotonik, frekuensi tinggi.  Untuk mengetahui selanjutnya tentang Furukawa Electric, sila lawati furukawaelectric.com

 



Hubungi kami secara terus.

Kami tahu bukan setiap projek adalah sama dan tidak semua aplikasi mempunyai spesifikasi yang mudah untuk dipenuhi. Kami ingin bercakap dengan anda untuk memenuhi sebarang keperluan cabaran yang anda ada.

Klik platform di bawah untuk berkongsi artikel ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi!