Penyelaras HR Kekal Tenang Semasa Kebakaran Hutan Berlaku

4 Oktober 2023

Sebagai Penyelaras HR Pembangunan Manusia di Eropah untuk Superior Essex, banyak hari yang membuatkan Elisa Sestito berasa seperti dia sedang memadamkan kebakaran di pejabat. Dan terdapat waktu malam, hujung minggu dan hari cuti dia benar-benar berbuat demikian.

Elisa Sestito memakai uniform yang berbeza di tempat kerja!

Elisa—bersama suaminya Gian Luca—menjadi sukarelawan dan meluangkan masa mereka sebagai sebahagian daripada unit perlindungan orang awam serta Kor Bomba Sukarelawan Piedmont di Wilayah Alessandria, Itali, tempat pasangan itu tinggal.

"Ini pengalaman yang benar-benar menakjubkan bagi saya," katanya. "Kami tinggal di sebuah bandar kecil yang mempunyai kira-kira 1,200 orang dan jika berlaku kebakaran di hutan, kami sering ke sana sebelum bomba perbandaran tiba dan mula membendung kebakaran. Kemudian kami tunggu dan berusaha membantu mereka.”

Kumpulan-kumpulan ini sering diberikan tugas penjagaan hutan, pengawasan wilayah, pelaporan wabak, penyelenggaraan bekalan air, perkhidmatan pertahanan awam dan pemadaman kebakaran. Mereka juga membantu dalam usaha pemulihan sesebuah kawasan selepas bencana alam yang lain berlaku dengan membina bandar khemah, melakukan pencarian orang hilang, dan membantu polis setempat setelah kawasan itu terkawal.

Dalam kes kebakaran yang berlaku hampir dengan kediaman, anggota bomba rasmi perlu tiba sebelum pasukan sukarelawan dan kemudian mereka boleh memberikan bantuan. Pasukan tersebut bertanggungjawab ke atas kira-kira sembilan majlis perbandaran berhampiran—sebagai kumpulan perlindungan orang awam—walaupun mereka membantu semua pasukan di wilayah Alessandria dan jika perlu, semua lokasi di rantau Piedmont sebagai pemadam kebakaran hutan. Sekiranya berlaku kecemasan, mereka juga dipanggil ke rantau Itali yang lain dan menjalankan misi. Secara khususnya mereka pernah bertugas di Calabria, Sicily, Apulia dan Sardinia untuk memadam kebakaran, serta Emilia Romagna semasa banjir berlaku baru-baru ini.

Gian Luca melancarkan unit tersebut untuk membantu memadamkan kebakaran hutan di kawasan itu. Unit tersebut telah berkembang menjadi salah satu unit yang paling dihormati di rantau ini. Penglibatan suaminya menyebabkan Elisa turut mengalihkan minatnya terhadap kerja-kerja sukarela. Beliau sebelum ini menghabiskan masa lapangnya menjaga warga tua dan kanak-kanak autistik tetapi kini menjadi ahli penting dalam jabatan bomba dan perlindungan orang awam ini.

Perkara itu juga mengubah cara pasangan tersebut menghabiskan percutian musim panas mereka.

Pada bulan Julai salah seorang sukarelawan mereka—ketua pasukan pasukan perlindungan awam—mengambil bahagian dalam misi di Sicily. Dan pada bulan Ogos Elisa dan Gian Luca mengembara dari Wilayah Piedmont di Utara Itali ke Calabria menawarkan bantuan semasa kebakaran tahunan yang memberi kesan kepada kawasan itu berlaku. Beliau berkata keputusan untuk membuat perjalanan hampir 1100 km (665 batu) adalah mudah kerana kawasan Sicily, Sardinia dan Calabria sering terjejas teruk disebabkan oleh kebakaran hutan.

Gian Luca, yang menjual jentera dan peralatan untuk pertanian melalui tukar beli, dinamakan sebagai salah seorang ketua operasi bagi empat pasukan yang masuk ke kawasan itu. Elisa dan Gian Luca ditugaskan pada syif keempat sebagai sebahagian daripada jadual yang akan bekerja selama 10 jam setiap syif dan sering diperlukan memadamkan beberapa kebakaran setiap hari.

Api yang merebak dengan pantas dipadamkan sebelum terjadi pengakhiran yang dahsyat. Angin kencang telah menolak api ke arah sebuah kampung dan stesen minyak/gas kampung tersebut.

"Kami hanya ada sedikit masa untuk bekerja, dan kami memerlukan bantuan daripada helikopter," kata Elisa. “Api menjulang tinggi, dan terus merebak. Ketua pasukan kami dalam operasi tersebut bimbang keadaan terlalu berisiko untuk meneruskan tugas tetapi akhirnya, kami terus di situ dan tiada rumah yang musnah dalam kebakaran, termasuk dua kemudahan pengeluaran minyak serta stesen minyak."

Beberapa negara—seperti Norway, Denmark, Finland, Perancis dan Belanda—melaporkan bahawa hampir 70% anggota bomba mereka ialah sukarelawan. Negara-negara lain, seperti Jerman, Austria dan Portugal, menyatakan bahawa lebih 94% daripada anggota bomba mereka ialah sukarelawan.

Juga, banyak kerajaan di Eropah mempunyai pembiayaan yang terhad untuk anggota bomba profesional. Maka sukarelawan seperti Elisa dan Gian Luca membantu di banyak kampung kecil dan terpencil.

Walaupun kejayaan di hutan mungkin tidak diterjemahkan secara harfiah kepada peranannya dengan Superior Essex, keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan yang luar biasa pastinya suatu kemahiran menurut Linda Skorb, SVP dan Ketua Pegawai Sumber Manusia.

"Tidak ada persekitaran lain yang amat memberikan tekanan daripada memadamkan kebakaran sebenar," kata Skorb. "Keupayaan untuk memimpin; mengikuti, menerima serta memberi arahan, dan berfikir secara kritis tentang kerja berpasukan merupakan satu set kemahiran yang tidak ternilai.

“Secara profesional, dia aset yang menakjubkan. Tetapi yang lebih penting, dia seorang yang luar biasa.”



Hubungi kami secara terus.

Kami tahu bukan setiap projek adalah sama dan tidak semua aplikasi mempunyai spesifikasi yang mudah untuk dipenuhi. Kami ingin bercakap dengan anda untuk memenuhi sebarang keperluan cabaran yang anda ada.

Klik platform di bawah untuk berkongsi artikel ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi!